Friday, August 27, 2010

10 PETANDA JODOH ... INSYAALLAH

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Saturday, August 21, 2010

BERBUKA PUASA ... =)



Bertarikh 20/9/2010
kami hanya berlima berbuka bersama di restoran Pizza Hut di PJ
inilah budak batch aku yang awalnya daripada 6 dan sekarang hanya tinggal 5 sahaja
seorang daripada kami telah memutuskan untuk berhenti belajar
atas sebab apa itu sampai sekarang tidak berapa nak pasti
tak kisah lah yang penting batch kami ini adalah batch " kepoh"
memang seronok dapat berbuka bersama
lagi best kak norul yang sudah bekeluarga pun meluangkan masa bersama
sangat memahami suaminya
yang paling best dalam kedai tu meja kami sahaja yang "havoc giller"
yang lebih menyeronokkan masing-masing bercerita baling kenangan lama sambil ada selit2 gossip2 hauahahaha...
paling best bila kak yoi kata dia dapat anak kembar dan sedang mengandungkannya dua bulan...
padahal masa sem satu baru je lahirkan seorg and baru je 6 bulan..now dapat lagi dan kembar plak 2...neway tahniah sebab doa termakbul amin2....

hanya 5 org mkn bayaran smpai 100 lebih
kembung masing2 mkn
huahahahahaah
memang x engat apa2 masa dengan diorg
kalo sem lepas masa abeh exm je pergi sama2
kali ni berbuka puasa bersama...memang sronok...mungkin akan datang buat lagi makan2 lain

thnkz to :
syed
wawa
farish
kak yoi

korg mmg best .... =)



Tuesday, August 17, 2010

qUieT



I w!LL bE
qu!eT
sO I c
OuLd l!sTen mOre
aNd bE abLE To sEe cLEarly




Monday, August 9, 2010

RIMBUN DAHAN - DANCING IN PLACE


IT'S A PIECE , DANCE AND SNAP2
happen on 7 & 8 August 2010
place at
RIMBUN DAHAN
title even
DANCING IN PLACE : CROSS - POLLINATION

more less then 13 piece
was perform that day
one of them are kid's performance that
coordinated
by Miss Elaine Pedley
and assisted by mysl
ef
this piece called
ACHILOT the workshop is based on basic movement pieced togather by the kids through games and exercise.
The focus is on play , hence , achilot ,
a Malay term for various children's games .
Thankz to
Miss Elaine becuase give me this chances to work with u
credit's to
Miss Bilqis Hijjas who creat this event
it was the best dance performance
that i ever see
also special thnkz to
NORAZLIN JANIUS and RITHAUDIN ABDUL KHADIR
because helping me at th
e workshop
From those 13 piecei had choose 3 of t
hem that is the best




1.CAMPUS THOUGHT
choreographed by Leng Poh Gee

this performance dedicate to all graduates University of Malaya , specially Dance Department graduates ....
comment's ;
sweet , and i like the music ... good job's guy's ... =)




2.SIMILAR
choreographed by Nurulakmal A
bdul Wahidthis piece is about a man wear's women clothing , but he is not a woman. No matter how much he imitates her lovely or sexy movement , he can only be similar. He is only an outline. She fills in the gap.
comments ; like very much , its a very story telling .... nice...=)



3. CHIMERA
creat by Kim Kyungmi , Sasha Ratnam , & Mathieu Castel
in the quirky circle of life, we begins as simple cell awakened by meeting each other. Moulded genetics over which we have no control, we evolve and mutate though human socialistion, finally leaving nothing behind. No prediction, rules or even will can exist in this cycle of energy. The same clone but diffrent mutants, we are born and fade away within this energy of evolution

comment : i love the movement...good job...=)




some moment at the workshop .... inside out ... =)


Monday, August 2, 2010

SHOW fesKUM 2010





Pada hari sabtu yang lalu bersamaan 31/7/2010
bertempat di Auditorium Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya
berlangsungnya majlis perasmian
FESTIVAL KONVOKESYEN
UNIVERSITI MALAYA 2010
Jabatan Tari , Pusat Kebudayaan di jemput untuk membuat persembahan tarian sempena majlis tersebutdiwakili oleh pelajar semesta 1 , 2 , 3 dan 4
lelaki yang pada awalnya 8 orang namun hanya 6 sahaja yang bertahan
perempuan pula seramai 12 orang penari
tarian yang di panggil " Sembah Tabung Taman Sari " ( betulkan jika saya salah)
koreografi oleh En. Hamid Chan
sebahagian daripada gambar sebelum persembahan
selebihnya akan di upload kemudian ... =)


dan ucapan tahniah kepada senior-senior UM yang selesai pembelajaran anda
kepada senior Jabatan Tari UM
tahniah juga .... !!!!