Friday, December 3, 2010

FALLING IN LOVE .....

CINTA itu adalah kurniaan ILAHI
DIA memmberi kita cinta supaya kegembiraan terpancar sepanjang hari
supaya kita sebagai manusia tidak selalunya berada dalam kesedihan
hadirnya CINTA memang suatu perkara yang membuat kita gembira yang tak terhingga
CINTA tidak memerlukan bajet yang besar untuk kita gembira
tapi perlulah kita sebagai manusia MENCINTAI YANG MAHA PENCIPTA
IMAN , AL-QURAN , RASUL DAN HADIS
sebelum kita menyintai seseorang yang kita mahukan
CINTA juga kepada kedua IBU dan AYAH , KAKAK ADIK dan ABANG


CINTAI lah seseorang itu dengan niat kerana ALLAH S.W.T
CINTAI lah si dia dengan harapan agar kita dekat lagi dengan ALLAH S.W.T
CINTAI lah si dia dengan harapan iman di dada bertambah
CINTAI lah si dia dengan dorongan ke jalan yang benar
CINTAI lah si dia dengan sepenuh tanggungjawab
CINTAI lah si dia dengan penuh keikhlasan
CINTAI lah si dia kerana akhlaknya


sesungguhnya CINTA yang kita miliki CINTA yang kita rasai CINTA yang kita idamkan itu hanyalah pinjaman untuk sementara waktu sahaja
hargailah orang yang mencintai kamu itu dengan sepenuhnya
janganlah kita salah memiliki cinta
jika cinta yang lama adalah cinta nafsu atau pun sementara
janganlah kesali janganlah di dendami kerana setiap perkara yang berlaku adalah balasannya ada hikmahnya pada masa akan datang sama ada baik atau buruk cepat atau lambat

JANGAN cintai dia atas dasar ingin dimiliki
JANGAN cintai dia atas dasar tiada sesiapa disisi
JANGAN cintai dia kerana nafsu
JANGAN cintai dia jika hati belum bersedia
JANGAN cintai dia jika ianyanya mengheret kepada jalan yang tidak benar
JANGAN cintai dia jika ianya adalah cinta yang terlarang
JANGAN cintai dia jika ianya sementara
JANGAN cintai dia kerana paras rupa , bentuk badannya
JANGAN cintai dia kerana pujuk rayunya



sekiranya kita tidak memelihara CINTA itu dengan sebaiknya maka kurniaan ILAHI itu di tarik balik dengan mudah tanpa disedari.
contohnya yang bercinta putus di tengah jalan
yang bertunang beralih arah
yang sudah berkahwin tidak sefahaman
yang sedang bahagia bertelagah
yang rasa gembira timbulnya bosan dan putus asa
sedar atau pun tidak sahaja kita jika tidak memeliharanya dengan baik
oleh itu setiap apa yang kita lakukan biarlah segalanya berbalik kepada rujukan YANG ASAL
kerana di situ terdapat seribu satu persoalan dan seribu satu jawapan yang kita inginkan



salam berkongsi .... =)




No comments:

Post a Comment