Friday, January 28, 2011

SUDAH...


assalammualaikum..
haish makin hari makin sunyi
makin hari makin kelam
makin hari makin mendung
makin hari makin kurang
kalau daripada awal menolak tiada masalah
sebab dah berjalan separuh hari
kenapa nak patah balik
kalau episod semalam kami mampu membantu
kenapa episod kali ini tidak menghulurkan tangan?
sedih terasa hati ini
tapi apakan daya jika hati mereka sudah tidak sudi
kaki mereka sudah tidak mampu berjalan
dinding pertahanan pun menipis
kekuatan semakin jatuh lemah
kepada yang masih setia
harap kekal hingga hari beradu nasib
bukan kemenangan di impikan
namun ikatan itu janganlah di lupakan
kenapa di banggakan benda yang lama
kenapa tidak berusaha mencipta sesuatau yang baru
nafas baru gaya dan cara yang baru
yang masih berjalan bersama
harap tabah menempuh halangan dan cabaran bersama...
terima kasih dan insyaallah ada balasannya....=)

Friday, January 21, 2011

THAIPUSAM IS NOT JUST A CELEBRATION

".... Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.... "

itulah dia sinopsis yang berkenaan sempena hari Thaipusam yang di sambut oleh kaum India dan yang beragama Hindu di Malaysia ini
tahun ne masuk umur 22 tahun aku hidup inilah kali pertama aku jejakkan kai ke Batu Caves untuk lihat dengan lebih dekat lagi apa yang berlaku di sebalik Thaipusam...
yela biasenye dengar je dan tengok kat TV sahaja....kali ne aku betul2 jejakkan kaki ke sana...
pergi bukan kerana suka2 ini semua sebab paper TEORI SENI PERSEMBAHAN untuk sem kali ini
mula2 tu mmg malas la nak pergi tapi di sebabkan nak memahami konsep teori yang akan di aplikasikan dalam tesis dan juga benda2 lain sepnjang aku berada dalam bidang persembahan ini...mmg menakjubkan
Thaipusam merupakan sebuah perayaan yang memang menarik....

pukul 4 pagi aku bangun gigih sebab xkn pergi siang sangat nnti terllu sesak...
sampai sana je lebih kurang pukul 6 pagi..rehat makan dekat kedai yang dekat2 situ juga...mmg kne bertenaga sepanjang hari....
aku x jangka pun akan naik sampai atas tapi sya ngn kak ala ajak naik sampai atas...pergh memang excited giller nak panjat...
mmg sangat sesak dengan puluhan org beragama hindu ada kat sana...kalo x silap mereka2 yang sudah bernazar berada di sana lebih kurANG seminggu...mmg berkampung kat sana....meriah padat dan macam2 aku dapat
mereka2 yang bernazar melakukan proses liminal bermula dengan pre-liminal , liminal dan di akhiri dengan post-liminal
teori semiotic dengan konsep sign , signifier , dan signified aku cuba gunakan walaupun kurang faham sangat dengan konsep teori tu
adakah you and not u semASA mengkaji persembahan yang setiap mereka yang bernazar mempersembahkan diri mereka kepada tuhan mereka...
kalo nak di ikutkan setiap daripada mereka diringi oleh ahli keluarga sendiri...mereka2 yang berada dalam keadaan separuh sedar atas sebab dewa yang mereka seru itu berada dalam diri mereka akan di jaga oleh seorang ahli keluarga....menakjubkan depan mata aku ada sorg beraksi bagaikan ular apabila masuk sahaja pintu gate utama...hahaha terkejut pun ada juga
yang cucuk2 badan tu jangan cerita la mmg banyak...pada yang cucuk2 badan jika tidak berdarah proses mereka jalani itu adalah sempurna kerana tidak berada dalam kecederaan...pada yang berdarah pula ada kesilapan atau ketidak sempurnaan diri mereka dalam persediaan untuk mengabdikan diri mereka kepada tuhan mereka...
pengalaman yang mmg menakjubkan ini mmg sangat2 la menahbah ilmu di dada...gtew...motif sangat...hahhaa
mempelajari budaya orang lain memang membuka minda kita tentang adat dan cara mereka menjalani hidup serta proses mereka berinteraksi bersama tuhan mereka....
jadi tak salah kita pelajari gaya hidup orang lain untuk menambahkan pengetahuan selain itu memperbaiki diri ini.....









p/s : jika terdapat kesilapan harap maaf ....
thnkz sbb bg pnjm ayt....choki2 nnti bg...welk...=P

Wednesday, January 12, 2011

FESTARI 2011 - the opening with victory


assalammualaikum ...
alhamdulillah opening 2011 berjalan dengan lancar
FESTIVAL TARI ( Piala Tun Dr. Siti Hasmah )
atau lebih mudah di kenali sebagai FESTARI 2011 yang berlangsung di MMU Cyberjaya
adalah pertandingan tarian tradisional dan kreatif diantara 4 IPTA dan 4 IPTS
antara yang menyertainya adalah UITM PERAK , UITM SHAH ALAM , UKM , UM , UNITAR , MMU MELAKA , KLIUC dan UNITEN
festival ini di bawah anjuran SAKTI MMU
team UM di wakili oleh pasukan KESUMA buat pertama kalinye menyertai pertandingan ini

bagi item kreatif/kontemparori konsep ala-ala perkampungan nelayan
kehidupan perkampungan nelayan yang mesra , salin bantu membantu ,
meriah dan memang jelas dalam setiap pergerakan yang kami lakukan
semestinya koreografre KHAIRULAZHAR
senior aku kat Jabatan Tari UM
kebanyakkan yang sertai memang daripada jabatan tari tapi di campurkan dengan pelajar dari fakulti alam bina dan enjin serta asasi

bagi item tradisional pula berkonsepkan rampaian
kami bawa semula item daripada FESTKUM 2011
tak ubah walau sedikit pun item FESTKUM itu sebab kalau nak buat baru makan masa sebab dapat info pun smggu sebelum jadinya latihan pun seminggu la
alhamdulillah kemenangan dalam tarian tradisional merupakan pengubat kepada kekecewaan masa FESTKUM 2011
walaupun kreatif tak menang namun masa perform kreatif semua
penari bagi tenaga yang all out
4 minit semput giller....tapi rasa tak puas dengan 4 minit
penonton pun enjoy je tgk show kitrg...dengan keistimewaan yang jelas lain daripada yang lain
dan paling best...im on stage with her even just few seconds je ....
KESUMA terima kasih atas pengalaman dan kenangan manis pembukaan 2011
terima kasih kepala ella sebb kerja keras untuk tradisional
terima kasih kepada yang bukan daripada jabatan tari sebab mampu buat yang sangat baik
terima kasih kepada En.Saimi sebab mempercayai KESUMA
thnkz to all ... good job .... JYEAH
harap kekalkan lagi kejayaan seperti ini ...
we did so well .... until next time .....c yaaa ....=)







kenapa gambar ini ada ....
saja je special ...
sebab sama2 "make up "
cantik .. meletop ... =P













FESTARI MMU CYBERJAYA
10 JAN 2011

RESULT :
Ketegori A ( tradisional ) = UM
Kategori B ( kreatif ) = MMU (Melaka )

Keseluruhan :
JOHAN = UM
KEDUA = MMU ( Melaka )
KETIGA = UKM

Saturday, January 1, 2011

2010 short review ...



assalammualaikum
hahiii selamat tahun baru 2011
yeah permulaan yang baru kepada semua benda
walaupun menjalani hari2 seperti biasa tapi segalanya akan terasa seperti baru
alhamdulillah 2010 meninggalkan banyak kenangan yang manis dan pahit
kiranya lengkaplah 2010 punye jalan cerita
berada di atas dan di bawah
huahahahaha

memulakan hari pertama 2011 dengan berada di perak hantar adik aku naik sem
alhamdulillah dah last semesta dah die rupanya tak sangaka pula sebab macam terasa dia tu baru je masuk sem 2 ke 3 ... pejam celik dah sem 6 final year final sem
aku pula dah masuk sem 3
ahaha
cepat bebeno masa berjalan sampai tak terasa inya bergerak dengan pantas
2010 merupakan permulaan hidup aku yang sangat baru sebenarnya
segala perubahan aku bermula pada januari 2010
alhamdulillah sebab dapat masuk UM untuk sambung pembelajaran aku dalam bidang seni persembahan ( tari)
pada asalanya masa kicik2 dulu tak terpikir pun nak berada kat pentas
yela kalo xd keyakinan diri boleh ke nak ada kat pentas dengan ribuan org tgk kita beraksi
menggigil beb
permulaan tahun 2010 segalanya bermula dengan baik
tapi x semudah yang disangkakan sebab berada di kalangan penari yang memang hebat di jabatan tari UM
terasa kiciknya diri aku ne sangat2 sebab mereka semua berpengalaman dalam bidang ni dan memang makanan diorg semua ne...kalo aku tu ha tepi jalan terlipat sana sini
itu je yg aku tau buat....boleh backflip dh kire hebat juga
tapi bidang seni tari bukan sahaja memerlukan kita berpengalaman dalam melakukan gerak...namun teori dalam seni persembahan sangat perlu kerana ilmu itu yang membezakan kita daripada mereka yang hnya berpengalaman dalam gerak atau memiliki ilmu yang kuat...
hahahahhhaa...apa aku merepek plak ne ...


MUHAINI AHMAD atau lebih di kenali sebagai MIA MOON
hahah comey je name mia moon tu ( comey ke??? )
yea inilah dia orang pertama mengheret aku ke dunia contemp dance
alhamdulillah penyabar org nye nak ajar budak mentah ne main angkat2 pusing2
tapi mumy , sapik buat yg terbaik masa mumy exm hari tu...
jgn serik nak panggil menri lagi ye..insyaallah lepas ne akn buat lebih baik...heee




RITHAUDIN ABDUL KADIR
hhaha funny gys...lots of jokes...very humble and helpfull
yeah but i'm helping him for his choreography master piece
bro thts all the best i can do....kalo korg nak tau ni la orgnye yg kenalkan aku dengan dunia CARMA
ahahaha yang xleh bla show smple je...jnji payment ada
hahaha...xkisah la...ada carma panggil2 lagi tap kalo aku x busy...kang bising mak aku kalo carma banyak blaja melayang...thnkz dude




REVATHI MURUGAPPAN
my tutor kat UM untuk paper pelaziman dan jazz
hahahah she very energatic person.....mula2 masa nak join piece untuk SS tkt juga sbb mcm xleh nak bawa dengan skill t each er yg btl2 energy giller....aku bboy pun x sesemput mcm ne....hahhaa...tp thnkz teacher sbb bnyk bersabar mengajar YOUNG M AN ne...like u always said YOUNG MAN...heeee











KHAIRULAZHAR MOHTAR
senior di jabatan tari..bermula dengan dance box " iqra' "
kemudian aku teruskan lagi dengan short and sweet dance 2010 - laki...lucky
dan bersama sahabat dalam kumpulan kesuma mewakili UM untuk festkum 2010
alhamdulillah banyak benda dah aku belajar untuk improvekan soft skill dalm dunia tarian ne...thnkz bro








to all tutor , lec , frens yang banyak menagajar aku dalam dunia yang baru ne
thnkz so much make my 2010 penuh warna warni....senior2 yang begitu baik dengan junior yg sorg ne thnkz so much sbb banyak memberi input2 yg aku sndiri xsangka leh dpt..alhamdulillah korg punye pengalaman banyak membantu aku untuk mempelajari dan memahami dunia ne dengan lebih mendalam....so harap2 lebih banyak lagi ilmu yg korg kne perturunkan kat aku dengan cepat sebelum korg busy dengan life2 yang baru kat luar sana...hahhahaa


special to my family...thnkz so much sebb beri kepercayaan sapik amik bidang ne...ye sapik tau mesti rmai akan tanya apa masa depan sapik kalo amik bidang tari ni....mama ayah jangan bimbang..insyaallah satu hari nnti mama ngn ayah akan bangga...=)
to love siblings thnkz sbb spprt sapik ne...love u guys...


dear...tq sbb trst me...and bertahan dengan dunia i...tq so much
alhamdulillah
dan insyaallah segalanya akan berjalan lancar....=)




to all people out thre yg terlibat secara langsung dan tak langsng sepnjg aku menjalani 2010 ne
ribuan terima kasih...2011 dah bermula...mari kita semua memperbetulkan apa yang patut..mengekalkan segala yang harus dan tidak meninggalkan perkara yang wajib...kepada yang ada sakit hati or di sakiti diri ini...mohon ribuan ampun dan maaf...tapi harapan agar pertalian silatulrahim ini tak terputus....doakan kejayaan diri ini dan saya akan mendoakan kejayaan anda semua...insyaallah....