Friday, January 21, 2011

THAIPUSAM IS NOT JUST A CELEBRATION

".... Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.... "

itulah dia sinopsis yang berkenaan sempena hari Thaipusam yang di sambut oleh kaum India dan yang beragama Hindu di Malaysia ini
tahun ne masuk umur 22 tahun aku hidup inilah kali pertama aku jejakkan kai ke Batu Caves untuk lihat dengan lebih dekat lagi apa yang berlaku di sebalik Thaipusam...
yela biasenye dengar je dan tengok kat TV sahaja....kali ne aku betul2 jejakkan kaki ke sana...
pergi bukan kerana suka2 ini semua sebab paper TEORI SENI PERSEMBAHAN untuk sem kali ini
mula2 tu mmg malas la nak pergi tapi di sebabkan nak memahami konsep teori yang akan di aplikasikan dalam tesis dan juga benda2 lain sepnjang aku berada dalam bidang persembahan ini...mmg menakjubkan
Thaipusam merupakan sebuah perayaan yang memang menarik....

pukul 4 pagi aku bangun gigih sebab xkn pergi siang sangat nnti terllu sesak...
sampai sana je lebih kurang pukul 6 pagi..rehat makan dekat kedai yang dekat2 situ juga...mmg kne bertenaga sepanjang hari....
aku x jangka pun akan naik sampai atas tapi sya ngn kak ala ajak naik sampai atas...pergh memang excited giller nak panjat...
mmg sangat sesak dengan puluhan org beragama hindu ada kat sana...kalo x silap mereka2 yang sudah bernazar berada di sana lebih kurANG seminggu...mmg berkampung kat sana....meriah padat dan macam2 aku dapat
mereka2 yang bernazar melakukan proses liminal bermula dengan pre-liminal , liminal dan di akhiri dengan post-liminal
teori semiotic dengan konsep sign , signifier , dan signified aku cuba gunakan walaupun kurang faham sangat dengan konsep teori tu
adakah you and not u semASA mengkaji persembahan yang setiap mereka yang bernazar mempersembahkan diri mereka kepada tuhan mereka...
kalo nak di ikutkan setiap daripada mereka diringi oleh ahli keluarga sendiri...mereka2 yang berada dalam keadaan separuh sedar atas sebab dewa yang mereka seru itu berada dalam diri mereka akan di jaga oleh seorang ahli keluarga....menakjubkan depan mata aku ada sorg beraksi bagaikan ular apabila masuk sahaja pintu gate utama...hahaha terkejut pun ada juga
yang cucuk2 badan tu jangan cerita la mmg banyak...pada yang cucuk2 badan jika tidak berdarah proses mereka jalani itu adalah sempurna kerana tidak berada dalam kecederaan...pada yang berdarah pula ada kesilapan atau ketidak sempurnaan diri mereka dalam persediaan untuk mengabdikan diri mereka kepada tuhan mereka...
pengalaman yang mmg menakjubkan ini mmg sangat2 la menahbah ilmu di dada...gtew...motif sangat...hahhaa
mempelajari budaya orang lain memang membuka minda kita tentang adat dan cara mereka menjalani hidup serta proses mereka berinteraksi bersama tuhan mereka....
jadi tak salah kita pelajari gaya hidup orang lain untuk menambahkan pengetahuan selain itu memperbaiki diri ini.....









p/s : jika terdapat kesilapan harap maaf ....
thnkz sbb bg pnjm ayt....choki2 nnti bg...welk...=P

4 comments:

  1. slm...
    as a muslim...
    adalah haram jika kte celebrate...
    perayaan kaum lain yg membabitkan agama...
    kalo hanya culture x pe...
    4 ur info...

    ReplyDelete
  2. ye cik atiqah terima kasih atas pesanan itu
    saya faham dan masih egt siapa saya
    as u can read im doing the research for my stady
    so its diffrnt
    im not celebrate sebab suka2 nak celebrate
    but im doing my research for my stdy and for my understanding
    secara am nya ianya berbeza
    read it understand and
    tq again sebab egtkan.....=)

    ReplyDelete
  3. Sekadar mengkaji untuk pemahaman takpelah..
    Semoga berjaga dlm pembelajaran..

    *Owh sgt suka bila pembukaan cerita dan pengakhiran dgn gambar2 itu..
    Hahaha..
    Teruja utk membaca..

    ReplyDelete
  4. cik tieah motif suka sebab itu la kan...gtew plak gayanya ye

    ReplyDelete